PARIS: Seorang maut dan dua pegawai polis cedera parah dalam serangan pisau di timur Perancis yang disifatkan oleh Presiden, Emmanuel Macron sebagai tindakan pengganas Islam. Pendakwa raya Nicolas Heitz berkata, tiga lagi pegawai cedera ringan dalam serangan di bandar Mulhouse. Katanya, serangan itu dilakukan oleh suspek berusia 37 tahun yang berada dalam senarai pemerhatian pencegahan keganasan dan kini sudah tahan. Dua daripada anggota polis yang parah itu masing-masing mengalami kecederaan di bahagian leher dan dada. Menteri Dalam Negeri, Bruno Retailleau berkata, pihak berkuasa Perancis telah membuat beberapa percubaan untuk mengekstradisi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya