LONDON: Tengkorak dan wajah seorang wanita yang hidup di Dorset sekitar 2,000 tahun lalu berjaya dilakar semula menggunakan bukti daripada sisa-sisa mayatnya. Tengkorak dan tulang wanita muda yang dikebumikan menghadap Kimmeridge Bay itu ditemui pada tahun 2000 akibat hakisan tebing. Seorang ahli bioarkaeologi dari Bournemouth, Amber Manning telah berjaya menghasilkan lakaran wajah wanita yang dipercayai hidup pada abad pertama itu. Model tersebut akan dipamerkan di Muzium Bandar Wareham mulai April ini. Menurut Manning yang juga merupakan pelajar sarjana di Universiti Bournemouth, apabila membuat rekonstruksi, dia biasanya berimaginasi dirinya sedang melihat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya