LONDON: Bybit memaklumkan mata wang digital firma itu bernilai AS$1.5 bilion (RM6.62 bilion) ‘lesap’ akibat digodam dalam insiden yang disifatkan sebagai rompakan kripto terbesar dalam sejarah. Menurut firma itu, penggodam mencuri daripada dompet digital syiling Ethereum yang merupakan mata wang kripto kedua terbesar mengikut nilai selepas Bitcoin. Pengasas Bybit, Ben Zhou berkata, penggodam mengeksploitasi ciri keselamatannya sebelum memindahkan wang itu ke alamat yang tidak dikenali. Selepas rompakan itu, nilai Ethereum jatuh sekitar empat peratus pada Jumaat, menjadikannya bernilai sekitar AS$2,641.41 (RM11,671) setiap syiling. Skala rompakan tersebut melebihi rekod kecurian Ethereum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya