WASHINGTON: Ribuan penunjuk perasaan Amerika Syarikat (AS) berhimpun di bangunan ibu pejabat negeri dan lokasi lain di seluruh negara bagi membantah perubahan besar yang dilaksanakan Presiden, Donald Trump dan penasihatnya, Elon Musk terhadap kerajaan persekutuan. Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada setiap hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun. Di Washington, ribuan berkumpul di Capitol Reflecting Pool sambil melaungkan ‘Di mana Kongres’ dan mendesak anggotanya untuk melaksanakan tugas. Aktivis, yang sebahagian besarnya dianjurkan oleh Gerakan 50501, yang memimpin perhimpunan di ibu negara, menyeru…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya