JAKARTA: Gelombang ketidakpuasan rakyat terhadap keadaan semasa di Indonesia, mencetuskan beberapa gerakan yang membantah dasar Presiden Prabowo Subianto dan pentadbiran terdahulu. Satu daripada gerakan itu ialah protes ‘Indonesia Gelap’ di seluruh negara pada Isnin lalu, di mana ribuan mahasiswa turun ke jalanan di pelbagai bandar utama. Protes dianjurkan oleh Persatuan Badan Eksekutif Pelajar Universiti Seluruh Indonesia (BEM SI) berlanjutan selama tiga hari, dengan perhimpunan serentak di beberapa wilayah. Di Jakarta, penunjuk perasaan berhimpun di kawasan Tugu Arjuna Wiwaha, yang terletak di persimpangan Jalan Medan Merdeka Barat dan Jalan MH Thamrin,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya