HOUSTON: Industri penerbangan Amerika Syarikat (AS) sekali lagi digegarkan dengan insiden membimbangkan apabila sebuah pesawat milik United Airlines terbakar sebelum berlepas di Lapangan Terbang George Bush di Houston, Texas. Memetik laporan FOX 26 Houston, pesawat penerbangan UA 1382 jenis Airbus A319 yang dijadualkan menuju ke Lapangan Terbang LaGuardia, New York, mengalami masalah enjin hingga menyebabkan kebakaran pada bahagian sayap pesawat sekitar pukul 8.35 pagi waktu tempatan. Rakaman video yang diperoleh menunjukkan kepulan api di bahagian sayap pesawat, sementara seorang pramugari kedengaran meminta penumpang supaya tetap berada di tempat duduk masing-masing.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya