TORONTO: Sebuah pesawat Delta Air Lines terbalik dan terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto dalam keadaan cuaca berangin selepas ribut salji, mengakibatkan 18 penumpang cedera, dengan tiga dilaporkan parah. Pesawat jenis CRJ900 yang dikendalikan oleh anak syarikat Delta, Endeavor Air, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Minneapolis-St. Paul membawa 76 penumpang serta empat anak kapal. Syarikat penerbangan Delta mengesahkan kejadian itu sebagai insiden melibatkan satu pesawat sahaja. Pihak berkuasa Kanada memaklumkan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas, yang masih belum diketahui. Menurut seorang penumpang, John Nelson, pesawat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya