GAZA: Sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam memulakan persiapan menjelang pertukaran kumpulan kelima tebusan Israel dan tahanan Palestin, sebagai sebahagian daripada fasa pertama perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa 19 Januari lalu. Menurut wartawan agensi Anadolu, anggota Briged Al-Qassam dikerahkan di Deir al-Balah di Tengah Gaza, sebagai persediaan untuk menyerahkan tiga tebusan Israel kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, hari ini. Semalam, Briged Al-Qassam mengumumkan nama tiga tebusan Israel, Eli Sharabi, Or Levy dan Ohad Ben Ami, yang dijadualkan dalam kumpulan seterusnya yang dibebaskan pada Sabtu. Pejuang Hamas juga menerbitkan nama 183…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya