Perahu terbalik ragut nyawa ibu, dua anak

Perahu terbalik ragut nyawa ibu, dua anak

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERNATE: Tragedi menyayat hati menimpa sebuah keluarga apabila seorang ibu bersama dua anak kecil maut selepas perahu yang dinaiki mereka terbalik akibat dihentam ombak besar di perairan Pulau Batang Dua, Ternate, Maluku Utara semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan, perahu jenis pakora yang dikemudi oleh suaminya, Sius, 36, sedang dalam perjalanan menghantar makanan kepada pekerja kebun kelapa di kawasan tersebut.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Ternate, AKP Umar Kombong berkata, perahu berkenaan terbalik akibat ombak besar.

“Siasatan awal mendapati perahu tersebut dalam perjalanan menghantar bekalan makanan ke kebun kelapa. Namun, malangnya, ombak besar melanda dan menyebabkan perahu terbalik.

“Sius cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan isteri dan dua anaknya, tetapi arus kuat serta gelombang ombak menyukarkan usaha tersebut,” katanya.

Tambah Umar, menyedari keadaan semakin kritikal, Sius akhirnya berenang ke pantai bagi mendapatkan bantuan sebelum disedari oleh penduduk dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) terus digerakkan.

Tidak lama selepas itu, mayat isteri Sius, Verena, 28, bersama dua anak mereka, Mateo, 9 bulan dan Zakarias, 2 tahun, ditemukan terapung oleh sekumpulan nelayan dari Bitung yang berlindung di Pulau Tifure.

Ketiga-tiga mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Kesihatan Masyarakat Pembantu (Pustu) Tifure untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia.

“Ketiga-tiga mereka ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan maut oleh petugas kesihatan,” ujarnya.

Tragedi ini meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa serta masyarakat setempat, selain menjadi peringatan tentang bahaya berlayar di perairan bergelora. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya