LONDON: Platform permesejan WhatsApp mendedahkan lebih 100 akaun pengguna perkhidmatan tersebut di 24 negara telah digodam oleh Paragon Solutions, sebuah syarikat perisian hasad dari Israel. Menurut jurucakap Meta, selain orang awam, mangsa yang terkesan dilaporkan termasuk wartawan terkemuka dan sebahagian daripada kumpulan pengawas internet Citizen Lab dari Kanada. WhatsApp mengeluarkan amaran semalam berikutan perisian penggodaman Paragon Solution digunakan oleh ribuan pelanggan kerajaan. Jelasnya, pembuat perisian pengintipan itu menghantar produk mereka kepada kerajaan atas dasar akan membantu memerangi jenayah dan melindungi keselamatan negara. “Apa yang lebih mengerikan ialah pengguna-pengguna yang digodam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya