DAMSYIK: Presiden interim Syria, Ahmed al-Sharaa menerima jemputan untuk menghadiri mesyuarat Liga Arab mengenai Gaza yang akan diadakan di Mesir. Menurut kenyataan rasmi dari presiden republik itu, beliau menerima jemputan rasmi daripada Presiden Mesir untuk menyertai sidang kemuncak luar biasa Liga Arab itu pada 4 Mac di Kaherah. Mesyuarat tersebut diadakan sebagai respons terhadap rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengambil alih Semenanjung Gaza dan membangunkannya semula menjadi ‘Riviera Asia Barat’ yang dikritik hebat. Menurut rancangan Trump, penduduk Palestin di kawasan itu akan dipindahkan ke lokasi lain termasuk ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya