NEW DELHI: Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi kembali berkuasa di ibu negara, Delhi buat kali pertama dalam tempoh 27 tahun, memberikan suntikan semangat baharu kepada pemimpin nasionalis Hindu itu selepas mengalami prestasi merundum dalam pilihan raya umum tahun lalu. Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya India, BJP memenangi 48 daripada 70 kerusi di daerah ibu kota Delhi, jauh mengatasi parti pembangkang, Aam Aadmi Party (AAP) yang hanya meraih 22 kerusi. AAP, yang ditubuhkan hasil daripada gerakan anti-rasuah pada 2012, diketuai oleh Arvind Kejriwal, seorang pengkritik tegar Modi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya