KAHERAH: Palestin dan Mesir mengecam cadangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menubuhkan negara Palestin di Arab Saudi, sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai satu pencabulan terhadap kedaulatan negara itu, lapor Agensi Anadolu. Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai bersifat perkauman dan anti keamanan serta pencerobohan terhadap kedaulatan dan kestabilan Arab Saudi. Kenyataan itu turut menyatakan sokongan penuh serta solidariti bersama Arab Saudi dalam menghadapi hasutan Israel, selain menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengecam kenyataan Netanyahu. Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hussein Al-Sheikh pula menyifatkan kenyataan Israel…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya