DAMSYIK: Seorang bekas menteri di bawah pemerintahan rejim Bashar al-Assad tampil menyerah diri, menjadikannya antara tokoh berprofil tinggi yang ditangkap oleh pihak berkuasa baharu. Kementerian Dalam Negeri Syria dalam kenyataan memaklumkan, bekas Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan Bashar, Mohammed Al-Shaar menyerah diri kepada Jabatan Keselamatan Am. Mohammed, yang menjadi sasaran sekatan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU), merupakan Menteri Dalam Negeri dari 2011 hingga 2018, ketika perang saudara selama 13 tahun berada di kemuncak. Menurut kementerian, pasukan keselamatan daripada pihak berkuasa baharu mencari Mohammed dan menyerbu beberapa tempat yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya