SINGAPURA: Seorang lelaki Singapura didenda $4,000 (RM17,706) selepas didapati bersalah memalsukan sijil kematian datuknya bagi mendapatkan cuti bergaji daripada majikan. Tertuduh, Barath Gopal, 29, mengaku bersalah atas kesalahan tersebut dan dikenakan hukuman denda oleh mahkamah awal bulan ini. Kes bermula pada November tahun lalu ketika Gopal bekerja sebagai penganalisis operasi pembiayaan keselamatan, di mana pada masa itu, beliau mendakwa mengalami tekanan emosi selepas mengetahui teman wanita berlaku curang. Oleh kerana tidak dapat menumpukan kepada kerja, Gopal memilih untuk memohon cuti ihsan berbayar berbanding menggunakan cuti tahun yang diperuntukkan oleh majikan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya