OSLO: Kutub utara mencatatkan lonjakan suhu luar biasa melebihi 20 darjah Celsius pada Ahad lalu, melepasi ambang pencairan ais, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) di bawah Kesatuan Eropah (EU), semalam. Suhu di utara Svalbard, Norway, dilaporkan meningkat sehingga 18 darjah Celsius lebih panas berbanding purata suhu antara tahun 1991 hingga 2020 pada Sabtu, dengan suhu sebenar menghampiri titik lebur ais iaitu 0 darjah Celsius. Pada Ahad, anomali suhu tersebut terus melonjak kepada lebih 20 darjah Celsius. Menurut Saintis dari Institut Meteorologi Finland, Mika Rantanen, fenomena…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya