LIMA: Pihak berkuasa Peru mengancam untuk mengenakan tindakan tegas dan denda selepas rekod perubatan bintang pop terkenal, Shakira bocor ketika dirawat di sebuah klinik di Lima, semalam. Penyanyi dan penulis lagu Colombia berusia 48 tahun itu, dibawa ke bilik kecemasan pada 15 Februari akibat masalah perut yang memaksa beliau menunda konsert keesokannya. Laporan perubatan pemenang Grammy itu tersebar di media sosial tidak lama selepas dimasukkan ke hospital, yang mencetuskan kemarahan peminat sebelum siasatan rasmi dibuat. Jurucakap badan pemantau perkhidmatan kesihatan negara Peru, Ruby Cubas memberitahu AFP, siasatan sedang dijalankan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya