COLOMBO: Sebuah kereta api penumpang di Sri Lanka tergelincir selepas merempuh sekumpulan gajah awal pagi tadi, sehingga menyebabkan enam ekor haiwan tersebut mati dalam insiden terburuk di negara itu. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan penumpang, kata pihak polis. Kejadian berlaku berhampiran sebuah kawasan perlindungan hidupan liar di Habarana, 180 kilometer ke timur ibu negara Colombo, ketika kumpulan gajah berkenaan sedang melintas landasan sebelum subuh. “Keretapi itu tergelincir, tetapi tiada kemalangan jiwa dalam kalangan penumpang,” kata jurucakap polis, sambil menambah pihak berkuasa hidupan liar sedang merawat dua ekor gajah yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya