SEOUL: Perbicaraan pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, memasuki fasa akhir minggu ini dengan hanya berbaki dua sesi pendengaran rasmi, sementara komuniti perundangan menjangkakan keputusan diumumkan pertengahan Mac. Mahkamah Perlembagaan dijadualkan mengadakan pendengaran ketujuh dan kelapan pada 11 dan 13 Februari, dengan lapan saksi bakal dipanggil untuk memberi keterangan. Walaupun sesi tambahan mungkin dijadualkan, mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Februari sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya. Namun, terdapat spekulasi sekurang-kurangnya dua sesi lagi mungkin diadakan dengan memanggil Perdana Menteri yang dipecat, Han Duck-soo serta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya