NEW YORK: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan. Pengarah Serantau UNICEF, Edouard Beigbeder, mendedahkan seramai 13 kanak-kanak Palestin terbunuh sejak awal tahun ini, termasuk tujuh mangsa yang terkorban selepas Israel melancarkan operasi berskala besar di utara Tebing Barat pada 19 Januari lalu. Antara yang menjadi korban termasuk seorang kanak-kanak berusia dua setengah tahun, manakala ibu mangsa yang sedang hamil turut cedera dalam kejadian berkenaan. “UNICEF mengutuk sekeras-kerasnya semua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya