BERLIN: Jerman mengumumkan inisiatif 10 juta euro (RM46.48 juta) bertujuan untuk meningkatkan ekonomi penduduk Palestin, lapor agensi berita Wafa. Perjanjian itu ditandatangani di Kementerian Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa (MoPIC) di Ramallah oleh Menterinya, Wael Zaqut dan Menteri Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan Jerman, Niels Annen. Inisiatif itu adalah sebahagian daripada program jaminan kredit lebih luas yang menyokong pembangunan ekonomi di seluruh wilayah Palestin yang diduduki, menurut kenyataan akhbar MoPIC. Kementerian itu menyatakan bahawa program tersebut dijangka memanfaatkan sekitar 1,400 perusahaan dan mewujudkan anggaran 10,500 pekerjaan dalam tempoh empat tahun akan datang.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya