BERLIN: Jerman merekodkan lebih 1,550 jenayah kebencian anti-Islam pada 2024, menurut angka rasmi yang dikeluarkan semalam. Sekurang-kurangnya 54 masjid diserang antara Januari dan Disember tahun lalu, dengan 53 orang mengalami kecederaan akibat keganasan Islamofobia. Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan angka itu sebagai respons kepada pertanyaan Parlimen daripada anggota parti pembangkang, Petra Pau. Polis Jerman mendokumentasikan 1,554 jenayah kebencian dan serangan anti-Islam tahun lepas, meningkat daripada 1,536 pada tahun sebelumnya. Insiden itu termasuk gangguan media sosial, surat ugutan, gangguan terhadap amalan agama, serangan fizikal dan kerosakan harta benda. Jerman mempunyai penduduk Islam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya