DAMSYIK: Tentera Israel melancarkan serangan udara terhadap tapak ketenteraan yang mengandungi senjata di selatan Syria kelmarin, hanya beberapa hari selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menggesa kawasan itu dimusnahkan. Sekurang-kurangnya dua terbunuh dalam serangan ke atas satu daripada tapak itu, melibatkan ibu pejabat unit tentera di barat daya Damsyik, menurut sebuah badan pemantau perang. Bagaimanapun, badan pemantau tidak mengesahkan sama ada mangsa korban adalah orang awam atau anggota tentera. “Dalam beberapa jam terakhir, Pasukan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menyerang sasaran ketenteraan di selatan Syria, termasuk pusat arahan dan beberapa lokasi yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya