GENEVA: Ketua Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), Amy Pope menegaskan agensinya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin keluar dari Gaza. Menerusi kenyataan kepada AFP pada Selasa, Pope berkata, sebarang bentuk pemindahan seperti itu akan menjadi ‘garis merah’ bagi kerajaan di rantau ini, selepas cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza dan memindahkan lebih dua juta penduduk Palestin. “Kami telah berjanji kepada komuniti yang dibantu bahawa kami tidak akan terlibat dalam sebarang bentuk pemindahan paksa penduduk atau evakuasi,” kata Pope yang berasal dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya