JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut. Lebih enam buah kampung turut diarah berpindah sebelum kemungkinan letusan berlaku. Pada November lalu, gunung berapi berketinggian 1,703 meter itu meletus beberapa kali, mengorbankan sembilan orang, menyebabkan pembatalan berpuluh-puluh penerbangan antarabangsa ke Bali dan memaksa ribuan penduduk berpindah. Ketua Agensi Geologi Indonesia, Muhammad Wafid dalam satu kenyataan berkata, amaran dinaikkan ke tahap tertinggi dalam sistem empat peringkat bermula pukul 3.00 pagi semalam (waktu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya