HONG KONG: Hong Kong akan memfailkan aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung tarif baharu yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadapnya, kata Ketua Setiausaha Pentadbiran, Eric Chan, semalam. Menurut Chan, tindakan AS itu jelas menunjukkan mereka mengabaikan status Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan, sekali gus melanggar peraturan WTO. “Ini sama sekali tidak selaras dengan peraturan WTO. Mereka langsung tidak menghormati kedudukan Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan. “Kami akan memfailkan aduan kepada WTO mengenai pengaturan yang tidak munasabah ini,” katanya kepada pemberita. Kenyataan Chan itu merujuk kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya