BANGKOK: Harga bilik hotel di Thailand akan meningkat sebanyak 15 peratus berbanding 2023, berdasarkan laporan SiteMinder, sebuah platform e-dagang tempahan dan pihak ketiga. Pertumbuhan itu menjadikan Thailand satu-satunya negara yang mencatatkan pertumbuhan dua angka dalam sektor perhotelan. Laporan Trend Tempahan Hotel daripada SiteMinder, yang menganalisis lebih 125 juta tempahan, menunjukkan kadar purata harian (ADR) di Thailand meningkat kepada 5,377 baht (RM708) berbanding 4,648 baht (RM612) pada tahun 2023. Harga bilik mencapai kemuncak pada Disember, mencatatkan 6,460 baht (RM851) per bilik, satu kenaikan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh yang sama pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya