GAZA: Hamas mengumumkan sudah mencapai persetujuan mengenai penyelesaian untuk menamatkan kelewatan pembebasan tahanan Palestin semasa lawatan ke Kaherah. Penyelesaiannya ialah membebaskan tahanan Palestin serentak dengan mayat tebusan Israel yang terbunuh yang dipersetujui untuk diserahkan semasa fasa pertama, kata kumpulan pejuang Islam itu dalam satu kenyataan dipetik Reuters Hamas berkata, delegasinya, yang diketuai oleh Ketua Kumpulan Gaza, Khalil Al-Hayya telah mengulangi komitmen terhadap perjanjian gencatan senjata dengan semua peringkat dan fasalnya. “Banduan Palestin akan dibebaskan serentak dengan mayat tebusan Israel yang dipersetujui untuk diserahkan semasa fasa pertama, bersama wanita dan kanak-kanak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya