KATHMANDU: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 skala Richter menggegarkan utara Kathmandu, Nepal, hari ini, menurut pihak berkuasa pusat pemantau. Pusat Pemantauan dan Penyelidikan Gempa Bumi Kebangsaan berkata, gegaran melanda sekitar Bhairab Kunda di Daerah Sindhupalchok di Nepal, berhampiran dengan banjaran Gunung Himalaya di sepanjang sempadan dengan Tibet. Pusat Penyelidikan Geosains Jerman menetapkan magnitud gempa pada 5.6 dengan kedalaman 10 kilometer (km), manakala Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menganggarkan gegeran pada 5.5 skala Richter. Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa akibat gempa bumi itu. Pengerusi Perbandaran Luar Bandar Bhote…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya