KABUL: Kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan bom bunuh diri menyasarkan sebuah kementerian kerajaan di Afghanistan yang mengorbankan seorang individu dan mencederakan lima lagi pada minggu ini. Insiden keganasan di Afghanistan telah menurun sejak kebangkitan semula Taliban ke tampuk pemerintahan pada tahun 2021, namun kumpulan Daesh sering melancarkan serangan tembakan dan bom yang mencabar pemerintahan tersebut. Serangan itu berlaku Khamis lalu apabila penyerang cuba memasuki Kementerian Pembangunan Bandar dan Perumahan Afghanistan di Kabul, namun ditembak oleh pengawal keselamatan sebelum meletupkan dirinya, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Taliban, Abdul Mateen Qani…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya