BEIJING: China hari ini mengumumkan tarif tambahan ke atas beberapa produk dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap keputusan Presiden Donald Trump. Kementerian Perdagangan dan Pentadbiran Am Kastam China berkata, Beijing mengenakan tarif tambahan ke atas barangan import tertentu yang berasal dari AS. Ini termasuk, tarif 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair dan 10 peratus terhadap minyak mentah, jentera pertanian, kereta enjin besar serta trak pikap, lapor akhbar milik kerajaan, Global Times. Kementerian itu menegaskan, tarif unilateral Washington ‘secara serius melanggar peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia’.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya