JIANGSU: Sebuah keluarga di timur China menuntut keadilan selepas kanak-kanak berusia dua tahun kehilangan dua jari akibat tersepit di eskalator pusat beli-belah, awal Februari lalu. Menurut laporan Beijing Evening News, kejadian berlaku pada pukul 5.30 petang (waktu tempatan) 2 Februari lalu, di Xingmei City Plaza, daerah Suining, wilayah Jiangsu. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikeluarkan pusat beli-belah berkenaan menunjukkan kanak-kanak bersama seorang wanita di bahagian bawah eskalator yang sedang bergerak ke bawah. Ketika mendekati eskalator, kanak-kanak itu terjatuh ke atas tangga bergerak tersebut. Wanita itu segera mengangkatnya dalam keadaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya