Budak 2 tahun mati dipaksa makan sos pedas, minum soju

Budak 2 tahun mati dipaksa makan sos pedas, minum soju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dipercayai menjadi mangsa penderaan ibu bapa selepas dipaksa makan sos pedas dan minum alkohol, menjadi antara punca mangsa meninggal dunia pada akhir tahun lalu.

Menurut pendedahan dalam perbicaraan pertama di Mahkamah Daerah Daejeon pada 6 Februari lalu, pendakwa raya menuduh ibu bapa kanak-kanak terbabit atas kesalahan penderaan sehingga menyebabkan kematian dan pengabaian.

Bapa mangsa, berusia 30-an ditangkap, manakala ibunya juga dalam lingkungan usia sama terlepas daripada tahanan fizikal.

Pendakwa raya berkata, pasangan terbabit berhenti menggunakan tiub penyusuan untuk kanak-kanak itu, yang dilahirkan pramatang dan memaksa mangsa makan makanan bayi.

Mangsa juga sering ditendang dan dipukul, menyebabkan lebam di seluruh badan serta mengalami keretakan tengkorak, menurut pendakwa raya.

Pada 15 Disember, sehari sebelum kanak-kanak itu ditemukan meninggal dunia, ibu bapanya didakwa memberi mangsa makan sos pedas dan minum minuman beralkohol, soju, konon sebagai ‘ubat’ selepas mendapati anak mereka tidak sihat.

Keesokan harinya, pasangan itu menghubungi perkhidmatan kecemasan dan melaporkan anak mereka tidak bernafas.

Kakitangan perubatan mendapati mangsa berusia 25 bulan meninggal dunia dengan berat hanya 6.9 kilogram (kg), menunjukkan tanda-tanda kekurangan zat makanan.

“Pasangan itu tidak segera melaporkan kematian bayi mereka kerana takut perbuatan akan terbongkar.

“Mereka hanya meminta pertolongan setelah menyedari mereka tidak dapat mengawal keadaan,” kata pendakwa raya.

Pasangan itu turut mempunyai tiga anak lain, yang kini ditempatkan di bawah jagaan datuk dan nenek mereka.

Hasil siasatan mendapati tiada tanda penderaan terhadap tiga lagi anak mereka.– ASIA NEWS NETWORK

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN