Berkelakuan tidak senonoh di Grammy, Benson Boone mohon maaf - Utusan Malaysia

Berkelakuan tidak senonoh di Grammy, Benson Boone mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi, Benson Boone membuat permohonan maaf kerana berkelakukan tidak senonoh ketika membuat persembahan sempena anugerah Grammy, Isnin lepas waktu tempatan.

Permohonan itu dibuat penyanyi lagu Beutiful Things itu menerusi Instastorynya baru-baru ini.

“Saya mohon maaf kerana membetulkan jumpsuit saya di hadapan khalayak ramai kerana ia ketat di bahagian tertentu,” tulisnya.

Boone tular susulan tindakannya menanggalkan pakaian formalnya selain memegang kemaluan di akhir persembahannya.

Kelakuannya rancak diperkatakan di media sosial.

Dalam masa yang sama, penyanyi berusia 22 tahun itu turut berkongsi pengalaman pertama kali membuat persembahan dalam acara berprestij itu.

“Ia pengalaman gila, saya melihat tag nama orang-orang kenamaan yang hadir di Grammy. Satu penghormatan untuk membuat persembahan pada malam tersebut,” kongsinya.

Boone pada malam bersejarah itu akur dengan kekalahannya di tangan penyanyi, Chappell Roan bagi kategori Artis Baru Terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya