JAKARTA: Pulau peranginan terkenal, Bali mula melaksanakan larangan penggunaan botol plastik di semua pejabat kerajaan dan sekolah semalam dalam usaha menangani masalah pencemaran yang semakin meruncing. Langkah itu dibuat susulan jumlah sisa plastik yang dihasilkan Bali mencecah 300,000 tan setahun, dengan lebih separuh daripadanya tidak dikutip termasuk 33,000 tan yang mencemari sistem saliran dan perairan pulau berkenaan. Setiausaha Wilayah Bali, Dewa Made Indra berkata, dasar baharu itu diharap dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab oleh semua pihak bagi memastikan kelestarian alam sekitar di pulau berkenaan. “Kami berharap dasar ini dapat dilaksanakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya