WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, tentera Amerika Syarikat (AS) tidak diperlukan di Semenanjung Gaza.
Beliau berkata demikian kepada wartawan di Kongres ketika ditanya sama ada beliau berpendapat tentera AS diperlukan di Gaza untuk menjayakan pelan damai Presiden, Donald Trump.
Netanyahu menuju ke Kongres untuk berbincang dengan penggubal undang-undang sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Washington.
Menurut pejabat perdana menteri Israel, semasa perbincangan dengan kepimpinan Senat, sokongan penuh tanpa syarat terhadap Netanyahu dan Israel telah dinyatakan.
“Netanyahu menjelaskan pendirian Israel dan menyatakan bahawa Iran mesti dihalang daripada memperoleh senjata nuklear serta Hamas mesti dihapuskan di Gaza,” kata kenyataan itu.-AGENSI