BEIJING: Sebuah penerbangan sewaan membawa pulang 200 suspek penipuan telekomunikasi warga China yang ditahan di Myanmar dilaporkan mendarat di Nanjing, di wilayah Jiangsu semalam. Menurut Kementerian Keselamatan Awam China, ini menandakan pencapaian penting dalam usaha penguatkuasaan undang-undang multinasional antara China, Thailand, dan Myanmar bagi membanteras penipuan telekomunikasi dan siber. Global Times melaporkan, operasi kali ini mendapat sokongan paling kuat daripada kerajaan China, Thailand dan Myanmar sejak tindakan penguatkuasaan bersama terhadap penipuan telekomunikasi dan siber di kawasan sempadan Thailand-Myanmar diperketatkan. Kementerian Keselamatan Awam berkata, usaha itu mencerminkan tekad kukuh ketiga-tiga negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya