AMRITSAR: Seramai 104 warga India yang dihantar pulang dari Amerika Syarikat (AS) dengan sebuah pesawat tentera selepas Presiden, Donald Trump memperketat kawalan migran sebagai keutamaan pentadbirannya. Pesawat jenis C-17 yang membawa kumpulan pendatang majoritinya berasal dari Gujarat, Maharashtra dan Punjab, mendarat di bandar Amritsar, barat laut India petang semalam (waktu tempatan). Menurut pegawai AS, ia merupakan penerbangan jarak jauh terpanjang yang pernah dilakukan sejak pentadbiran Trump mula menggunakan pesawat tentera untuk tujuan penghantaran pulang pendatang asing. Beberapa individu meluahkan kekecewaan mereka terhadap kesukaran yang dihadapi untuk memasuki AS, hanya untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya