KYIV: Lebih 100,000 penduduk terpaksa bersejuk selepas serangan dron Russia menyasarkan loji janakuasa haba di Mykolaiv, selatan Ukraine semalam. Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal menyifatkan serangan itu sebagai tindakan yang disengajakan bagi mencetuskan krisis kemanusiaan. “Tindakan ini bertujuan meninggalkan penduduk tanpa pemanas dalam cuaca sejuk melampau serta mencipta bencana kemanusiaan,” katanya menerusi aplikasi Telegram. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pula menegaskan, serangan tersebut menyasarkan infrastruktur awam dan bukan kawasan pertempuran. “Ini adalah satu lagi bukti jelas bahawa Russia sedang berperang bukan sahaja dengan rakyat Ukraine, tetapi juga terhadap kehidupan sendiri di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya