KYIV: Dominasi bekalan gas Russia ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang mengalir selama beberapa dekad melalui Ukraine berakhir apabila perjanjian lima tahun antara pengendali transit Naftogaz dan Gazprom tamat semalam. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, negaranya tidak akan membenarkan Russia mendapat berbilion-bilion dana tambahan daripada darah rakyatnya dan sudah memberi EU tempoh setahun untuk membuat persediaan. CARI ALTERNATIF Suruhanjaya Eropah berkata, sistem gas benua itu berdaya tahan dan fleksibel malah mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menghadapi penamatan transit melalui Ukraine. Russia bagaimanapun masih boleh menghantar gas ke Hungary, serta Turkiye…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya