LONDON: Ratusan penerbangan dibatalkan puluhan sekolah ditutup dan berjuta-juta penduduk diarah tidak keluar rumah ketika Ribut Eowyn membadai United Kingdom (UK). Ireland merekodkan tiupan angin kencang luar biasa sehingga 183 kilometer sejam pada awal pagi berhampiran pantai Galway di barat. “Ini menjadikannya tiupan angin terkuat yang direkodkan di Ireland, melebihi rekod sebelumnya yang ditetapkan pada tahun 1961 semasa Taufan Debbie,” lapor Jabatan Meteorologi. Pengendali feri terpaksa membatalkan banyak lintasan Laut Ireland akibat ribut itu dengan 715,000 kediaman terputus bekalan elektrik. Menteri Pertama Ireland Utara, Michelle O’Neill memberi amaran terdapat ancaman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya