HALLE: Puluhan ribu rakyat Jerman mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi menolak pengaruh politik berhaluan kanan menjelang pilihan raya legislatif bulan depan. Protes itu berlaku di tengah-tengah sokongan terbuka Jutawan teknologi Amerika Syarikat (AS), Elon Musk terhadap parti anti-imigran, Alternatif untuk Jerman (AfD). Musk yang berucap melalui pautan video kepada ribuan penyokong AfD di bandar Halle, Jerman berkata, parti itu sebagai ‘harapan terbaik untuk masa depan Jerman’. Penyokong AfD yang hadir bersorak tanda setuju, dengan pemimpin parti itu, Alice Weidel, dilihat tersenyum semasa ucapan tersebut. Sementara itu, demonstrasi besar-besaran menentang AfD berlangsung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya