MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin menyatakan kemungkinan krisis Ukraine yang tercetus pada tahun 2022 tidak akan berlaku sekiranya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berjaya mempertahankan jawatannya dalam pilihan raya 2020. Dalam satu wawancara bersama saluran televisyen Rossiya 1, Putin berkata, Russia kekal terbuka untuk rundingan damai berkaitan konflik Ukraine, sambil menegaskan Moscow tidak pernah menolak peluang untuk berhubung dengan pentadbiran AS. Namun begitu, beliau mendakwa pentadbiran AS di bawah pimpinan bekas Presiden, Joe Biden memilih untuk tidak meneruskan hubungan tersebut. Menyentuh mengenai hubungannya dengan Trump, Putin menggambarkannya sebagai bersifat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya