BANGKOK: Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup hari ini ketika pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu. Pencemaran udara bermusim telah lama melanda Thailand seperti kebanyakan negara di rantau ini kerana udara musim sejuk bergabung dengan asap daripada pembakaran tunggul tanaman dan kenderaan. Menjelang pagi Khamis, ibu kota Thailand disenaraikan sebagai bandar raya keenam paling tercemar di dunia, menurut IQAir. Tahap pencemar PM2.5 mikrozarah penyebab kanser dan cukup kecil untuk memasuki aliran darah melalui paru-paru mencecah 122 mikrogram…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya