RAMALLAH: Presiden Mahmoud Abbas memaklumkan kesediaan Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk memikul tanggungjawab penuh di Gaza pasca perang. Perkara itu diumumkan Abbas dalam kenyataan pertamanya sejak perjanjian gencatan senjata diumumkan antara Israel dan pejuang Hamas. “Kerajaan Palestin, di bawah arahan Presiden Abbas, sudah menyelesaikan semua persiapan untuk memikul tanggungjawab penuh di Gaza,” kata kenyataan presiden pada Jumaat. Katanya, ia akan merangkumi pemulangan penduduk yang kehilangan tempat tinggal, penyediaan perkhidmatan asas, pengurusan lintasan dan pembinaan semua wilayah yang dilanda perang. Kenyataan yang diterbitkan oleh agensi berita Wafa juga mengulangi seruan kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya