WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) memberi amaran Korea Utara mendapat manfaat daripada tenteranya yang berjuang bersama Russia menentang Ukraine. Pyongyang sekaligus memperoleh pengalaman yang berupaya melancarkan perang terhadap jirannya, Seoul. Russia telah menjalin hubungan diplomatik dan ketenteraan yang lebih erat dengan Korea Utara sejak Moscow menyerang Ukraine pada Februari 2022. Timbalan Duta AS ke PBB, Dorothy Camille Shea memberitahu Majlis Keselamatan PBB (UNSC), lebih 12,000 tentera Korea Utara berada di Russia dan mula berperang menentang pasukan pertahanan Ukraine di wilayah Kursk, bulan lalu. “Korea Utara mendapat manfaat yang ketara dengan menerima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya