SHIMONOSEKI: Seekor ikan sunfish yang jarang ditemui berjaya diselamatkan daripada keadaan kritikal dengan bantuan patung manusia selepas menunjukkan tanda-tanda tidak sihat di sebuah akuarium di barat daya Jepun. Ikan yang menjadi tarikan utama di Akuarium Kaikyokan itu mula hilang selera makan, melanggar dinding tangki dan kelihatan tidak bermaya beberapa hari selepas akuarium tersebut ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian pada 1 Disember lalu. Ikan gergasi itu merupakan spesies daripada keluarga ikan buntal dengan bentuk unik dan mata yang besar. Ikan itu tiba di akuarium berkenaan pada Februari tahun lalu dari pesisir selatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya