BELGRADE: Ibu bapa kepada seorang remaja lelaki yang membunuh sembilan kanak-kanak dan pengawal keselamatan dalam kejadian tembakan beramai-ramai di sebuah sekolah di Serbia tahun lalu, kini menghadapi hukuman penjara. Dalam serangan Mei 2023, remaja berusia 13 tahun itu membawa dua senjata api ke Sekolah Rendah Vladislav Ribnikar di Belgrade. Bapa remaja itu, Vladimir Kecmanovic, dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun enam bulan kelmarin, manakala ibunya, Miljana Kecmanovic, dipenjara tiga tahun. Jurulatih di kelab menembak Partizan yang mengajar remaja itu cara menggunakan senjata, turut menerima hukuman penjara setahun tiga bulan. Remaja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya