KYIV: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh, manakala 13 lagi termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas sebuah dron Russia menyerang sebuah pangsapuri bertingkat di bandar Sumy, timur laut Ukraine, awal pagi tadi. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy dalam ucapannya mengutuk serangan itu yang disifatkan sebagai sebahagian daripada taktik Russia dalam menghancurkan kehidupan rakyatnya. “Jam demi jam, kami menerima maklumat terkini mengenai situasi di Sumy. Operasi di lokasi serangan dron Shahed milik Russia sedang giat dijalankan,” katanya. Beliau turut menegaskan setiap serangan seperti itu memerlukan tindakan balas daripada masyarakat antarabangsa. Tentera Ukraine melaporkan, Russia telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya