SEOUL: Pasukan penyiasat Korea Selatan menangguhkan percubaan untuk menangkap Presiden yang digantung tugas, Yoon Suk Yeol selepas berlaku konfrontasi dramatik selama enam jam dengan pasukan keselamatan di luar kediamannya. Pejabat Siasatan Rasuah (CIO) berkata, kira-kira 80 anggota polis dan penyiasat memasuki pekarangan kediaman Suk Yeol di Seoul awal pagi semalam namun disekat lebih 200 pasukan keselamatan yang melindungi presiden itu. “Kami telah menentukan bahawa penangkapan itu hampir mustahil. Kebimbangan terhadap keselamatan kakitangan di lokasi menyebabkan keputusan untuk menghentikan cubaan penangkapan terpaksa dibuat. “Langkah seterusnya akan diputuskan selepas semakan dilakukan. Penolakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya